2017 ialah tahun yang menyaksikan Neelofa terus menempa kejayaan, antaranya jenama tudung Neelofa, Naelofar Hijab dijangka mencecah jualan bernilai 200 juta. Neelofa juga dilantik sebagai duta Swarovski dan Lancome tahun ini, sehubungan itu ada pihak menyuarakan agar Neelofa berhenti dari bidang lakonan dan dunia seni memandangkan kejayaan yang telah dicapai dalam bidang perniagaan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kepada Utusan Online, Neelofa memberitahu bahawa dia hanya berhenti dari dunia lakonan buat seketika, tetapi tidak bercadang meninggalkan bidang yang telah membuatkan dirinya dikenali.
Neelofa memberitahu:
Kalau kata terus berhenti berlakon itu tidak mungkin sama sekali. Saya sayangkan dunia lakonan dan peminat-peminat yang selama ini tidak pernah lelah menyokong saya.
Mungkin akan dikurangkan sedikit berikutan komitmen tetapi itu tidak bermakna saya terus menyepi. Sibuk itu bagaikan sudah sebati dalam hidup saya.
Lagipun, masih banyak ilmu lakonan yang saya perlu belajar. Saya mahu mencuba pelbagai watak dan terus mewarnai dunia lakonan
Drama lakonan Neelofa bersama Aliff Satar iaitu Red Velvet telah menamatkan siaran hujung November lepas.
Disebabkan kesibukannya, Neelofa tidak muncul di banyak drama. Tahun lepas, dia hanya berlakon dalam drama Suri Hati Mr Pilot dan mengacara secara rutin di MeleTOP setiap minggu.
Selamat maju jaya diucapkan buat Neelofa semoga terus bersinar dalam industri dan menempa pelbagai kejayaan lagi dalam pelbagai bidang. – beautifulnara.com
Kredit gambar: Instagram Neelofa