January 1st, 2012

Tahun 2011 boleh dikatakan satu tahun yang banyak merubah kehidupan si cantik manis Neelofa Mohd Noor. Selepas menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010, nama Neelofa meniti bibir peminat bukan saja kerana penampilannya, malah kontroversi yang melibatkan dirinya. Dia pernah dikatakan menjadi orang ketiga perhubungan antara Maria Farida dan Shahz Jaszle (yang akhirnya putus dan masing-masing kini membawa haluan sendiri), dan ada antara pelakon tanahair yang terang-terang membidas Neelofa di laman sosial. Tetapi yang nyata, Neelofa tegar menghadapi semua kontroversi dan bukan itu saja, rezekinya dalam bidang seni melimpah ruah. Melalui Portal Murai, Neelofa menyatakan:-

Memang betul tahun ini saya mula menceburkan diri dalam bidang seni dan tahun ini juga pelbagai kontroversi terkena pada diri saya. Apa yang boleh saya katakan saya menjadi mangsa keadaan sehingga tercetusnya segala kontroversi tersebut. Malah disebabkan kontroversi itu juga, saya rasa ada yang tidak suka saya dan ada juga mengenali saya.

Tetapi saya melihatnya dari sudut positif kerana dengan kontroversi juga diri saya dikenali.

Tahun ini, hanya drama lakonan saya saja yang ditayangkan di televisyen antaranya Jiwa dan Lara, Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta. Jadi orang lebih mengenali saya melalui kontroversi. Namun saya bersyukur makin banyak saya diuji, semakin banyaklah rezeki yang saya dapat.

Alhamdulillah, semoga tahun hadapan orang ramai dapat melihat hasil kerja saya kerana lima buah filem saya akan ditayangkan antaranya Azura 2012, Lemak Kampung Santan, Taiko dan SAM serta dapat melihat saya mengacarakan program Nona.

Menurut Neelofa yang merupakan penuntut di Universiti Kolej Sunway dengan major berganda dalam pengajian peringkat sarjana muda untuk bidang perdagangan antarabangsa dan pemasaran ini, dia berharap yang peminat akan menilai bakatnya melalui hasil kerjanya:-

Harapan saya semoga apabila mereka melihat hasil kerja saya nanti, sekurang-kurang mereka akan dapat menerima saya seadanya.

Dan mengenai kritikan atau kutukan yang diterimanya dari haters:-

Saya tahu ada yang benci saya dan saya tidak mahu memikirkan perkara itu dengan serius. Saya mahu buang jauh-jauh perkara itu dan lebih selesa memajukan diri saya ke arah kebaikan.

Semua itu menjadi semangat untuk saya terus maju ke hadapan tanpa perlu memikirkan kata-kata orang lagi.

Di samping itu, kami difahamkan Neelofa ialah wajah segar terbaru yang menjadi duta barangan kosmetik dan perhiasan wanita Avon, dan dia juga diundi sebagai artis kedua tercantik selepas Ayu Raudhah dan sebelum Rozita Che Wan untuk undian “5 Artis Tercantik” anjuran MyMetro. Kredit gambar Neelofa Official.


41 responses to “Neelofa Tak Peduli Pembenci, Duta Terbaru Avon, Artis Kedua Tercantik Pilihan Pembaca MyMetro”

  1. hehee says:

    aku pernah jumpa die kat mid valley..dia memang cantik..make up nipis,xsombong lak tu..adik die pun cun..dulu ak langsung xminat die..tp pas jumpa die face to face br ak tahu die ni memang sweet!!

  2. frinses says:

    bagus lah dia sedar yg dia ada haters…berbanding setengah artis yg xsedar2 diri…
    PEACE!!

Loading...