Neelofa Tak Halang Kakaknya Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad

Hiburan

Neelofa Tak Halang Kakaknya Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad

Yeah!!! Pasti Sharnaaz Ahmad gembira mendapat ‘green light’ daripada Neelofa yang merupakan adik kepada wanita yang paling rapat dengan dirinya sekarang ini iaitu Noor Nabila. Rasanya satu Malaysia sudah tahu yang Sharnaaz dan Nabila saling ‘sweet menyeweet’ antara satu sama lain di laman sosial. Kalau ikut gerak hati Abang Nara, memang diorang berdua bercinta tetapi macam biasalah, masing-masing malu-malu kucing nak mengaku lagi. Tak apa yang penting masing-masing bahagia.

neelofa sharnaaz

Advertisement

Menariknya Neelofa memaklumkan yang Sharnaaz merupakan seorang jejaka yang baik dan bukannya ‘garang’ atau ‘ganas’ seperti yang sering diperkatakan di laman sosial. Kata Neelofa:-

Sejujurnya, pada peringkat awal perkenalan mereka, saya belum mengenali Sharnaaz secara dekat kerana tidak berkesempatan untuk berbuat demikian. Kakak saya pula tidak pernah melarang saya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki, jadi saya juga tak berhak menghalangnya daripada mendekati sesiapa juga insan yang disenanginya.

Tidak dinafikan Sharnaaz ialah jejaka yang baik dan bukan seperti didakwa oleh segelintir pihak. Kadang kala, orang terlalu cepat menghukum seseorang itu tanpa mengenali individu berkenaan terlebih dulu. Saya percaya, setiap individu boleh berubah dan adalah tidak adil untuk kita menghakimi seseorang itu berdasarkan kisah silamnya

neelofa sharnaaz

Kata orang, nak memenangi hati seorang perempuan, kenalah menang hati keluarganya juga. Kalau Neelofa dah bagi ‘green light’, pastinya lebih mudah untuk Sharnaaz merancang membina sebuah keluarga bersama Noor Nabila. Lepas ini kena curi hati emak dan ayah Nabila pula. Kalau dapat restu dan benar-benar sudah bersedia, tunggu apa lagi? Masuklah meminang. Abang Nara pasti ramai yang tak sabar nak lihat Sharnaaz menjadi raja sehari. Mungkin Noor Nabila adalah ‘si dia’ yang selama ini ditunggu-tunggu oleh Sharnaaz. Sama-sama kita nantikan. Sumber BHPlus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...