June 5th, 2017

Meskipun Neelofa dan Fattah Amin sudah memberitahu hubungan percintaan mereka yang terjalin sewaktu penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot sudah lama berakhir, masih ada segelintir peminat yang sehingga hari ini tidak boleh “move on” dan masih berharap mereka berdua bergelar pasangan kekasih.  Malah, gosip percintaan mereka masih hangat diperkatakan meskipun fenonema Fattzura kini sudah seakan berjaya “mencantas” fenomena Lofattah.

Akur tiada kuasa yang boleh menghentikan gosip percintaan itu terus diperkatakan, Neelofa kini membuatkan keputusan untuk berdiam diri dan enggan mengambil pusing mengenai isu itu selagi ia tidak menjatuhkan nama baik keluarganya.

Sejak Februari lalu saya ambil pendekatan untuk senyap daripada memberi penjelasan yang akhirnya memberi saya ketenangan. Biarkanlah. Pada saya, selagi cerita diperkatakan itu tidak mencemar maruah saya dan menjatuhkan nama baik keluarga, tak perlu bersuara. Jika pusing-pusing, asyik cerita lebih kurang sama yang dihebohkan, buat apa nak layan. Lebih baik saya diam.

Masa boleh mengubah sesuatu keadaan itu dan akan tiba masa dimana gosip percintaan Neelofa dan Fattah tidak lagi dibicarakan.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...