Neelofa Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Hanya Menunggu Jodoh Tiba

Hiburan

Neelofa Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Hanya Menunggu Jodoh Tiba

Salah satu perkahwinan yang dinanti-nanti oleh peminat industri tanah air sudah tentu ialah Neelofa. Si gadis manis Kelantan ini sudah pun berusia 27 tahun. Orang kata, umur yang cantik untuk bergelar seorang isteri. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya. Walaupun persoalan tersebut masih misteri, Neelofa memaklumkan yang dirinya sudah pun bersedia untuk berkahwin dan hanya menungguh jodoh tiba.

neelofa

Advertisement

Kata Neelofa:-

Dalam soal jodoh, saya mengambil pendekatan berserah kepada Yang Maha Pencipta. Dia yang lebih mengetahui siapa gerangan paling layak untuk saya.Yang pasti, saya sudah bersedia. Cuma dalam hal ini, saya tidak pernah menunggu, tak tergesa-gesa dan terfikir tentang siapakah calon yang sesuai.

Dalam hal ini, ‘senjata’ saya hanya doa. Jodoh itu masih lagi rahsia-Nya dan saya percaya kalau niat kita baik, pasti akan dipermudahkan segala-galanya. “Jadi sekarang ini, tunggu sajalah. Nak cakap lebih-lebih pun payah.

neelofa

Abang Nara juga sentiasa berdoa agar Neelofa bertemu jodoh segera. Satu ketika dahulu Abang Nara pernah melukakan hati Neelofa apabila menolak cintanya. Mungkin Neelofa masih kecewa sehingga ke hari ini. Hehehe (ok ini lawak je jangan percaya). Apa apa pun, kalau dah nak kahwin nanti, jangan lupa jemput para peminat. Pasti ramai yang tak sabar nak melihat Neelofa di atas jinjang pelamin. Sumber Utusan Malaysia.

sunway pyramid

P.S: Menggamit memori sungguh perhiasan Hari Raya Aidilfitri di Sunway Pyramid yang bertemakan retro ini. Terasa macam kembali ke zaman 60-an dan 70-an. Memang unik sungguh. Ada peluang untuk menebus sampul duit raya versi “Pop Yeh Yeh” dan voucher untuk mendapatkan potongan rambut ala retro. Hanya perlu buat pembelian minimum RM250 sahaja (RM150 untuk pemegang kad HSBC).

sunway pyramid

P.P.S: Aktiviti hebat dengan tema klasik retro di Sunway Pyramid ini berlangsung dari 17 Jun 2016 sehingga 10 Julai 2016. Nak shoppping raya pun boleh juga sebab diskaun kaw-kaw sedang berlangsung sempena Aidilfitri. Confirm boleh jimat banyak punya. Hujung minggu ini Abang Nara nak bawak anak bini pergi lagi. Seronok juga sekali sekala kembali ke zaman pop yeh yeh kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...