AirAsia telah melantik aktres dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat itu.
Pelantikan itu mendapat persetujuan sebulat suara lembaga pengarah syarikat AirAsia. Kata Ketua Pengarah Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez:
Kesemua ahli lembaga pengarah dan juga saya mengalu-alukan Neelofa sebagaipengarah bebas bukan eksekutif . Dia penambahan yang bagus untuk lembaga kami.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Pengalamannya sebagai usahawan, pencipta jenama dan pemimpin industri sangat bernilai buat AirAsia, dan dia boleh memberi pandangan baru kepada perniagaan kami, memandangkan kami sedang melakukan transformasi ke arah penerbangan digital.
Tony memuji Neelofa sebagai ‘sangat pintar, muda dan berdikari’, dan itu apa yang diperlukan AirAsia untuk sentiasa berada di hadapan.
Reputasinya sebagai antara usahawan wanita negara yang utama, antara yang dinamakan oleh Forbes Asia sebagai 30 personaliti bawah 30 tahun, serta rekodnya sebagai wanita yang berjaya dalam perniagaan adalah inspirasi buat kami. Saya tak sabar bekerja dengan Neelofa.
Neelofa berkata dia sangat teruja untuk menerima cabaran sebagai pengarah bebas bukan ekskutif dan menyertai keluarga AirAsia.
Ini bukan hanya pencapaian diri saya malah semua wanita di luar sana. Untuk tujuh tahun kebelakangan ini, saya telah menerokai industri hiburan dan perniagaan yang telah menyediakan pelbagai peluang buat saya untuk berkembang dan berubah.
Saya teruja untuk mengambil peluang terbaru ini, untuk mencabar diri saya pergi lebih ke depan dan untuk berkembang sebagai seorang individu.
Saya juga teruja untuk mewakili Gen Y dan pandangan kami terhadap perniagaan. Terima kasih sekali lagi Air Asia, saya tak sabar untuk ‘terbang’ bersama anda.
Neelofa, seorang selebriti kemudiannya menjadi usahawan, telah berjaya membina empayar perniagaan yang berpaksikan jenama Naelofar Hijab.
Jenama tudung wanita Muslim ini dilaporkan sedang dalam trek untuk mencecah jualan bernilai RM 200 juta tahun ini.
Naelofar Hijab dijual di lebih 37 negara, termasuk US, UK, Perancis, Australia, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.-beautifulnara.com