Neelofa merupakan wanita idaman semua lelaki bukan? Bukan sahaja cantik tetapi beliau juga mampu berdikari dan membina empayar perniagaan beliau sendiri.
Meskipun sering dihimpit dengan gosip percintaan, Neelofa sehingga kini mengakui dirinya masih lagi solo.
Neelofa memberitahu beluau sudah bersedia untuk menjalinkan hubungan percintaan semula , bagaimanapun beliau menyerahkan soal jodohnya kepada Allah SWT.
Buat masa ini, beliau hanya mampu berdoa untuk bersama seorang lelaki yang bakal menjadi peneman hidupnya.
Yang pasti, saya sudah bersedia. Cuma dalam hal ini, saya tidak pernah menunggu, tak tergesa-gesa dan terfikir tentang siapakah calon yang sesuai. Dalam hal ini, ‘senjata’ saya hanya doa.
Jodoh itu masih lagi rahsia-Nya dan saya percaya kalau niat kita baik, pasti akan dipermudahkan segala-galanya. Jadi sekarang ini, tunggu sajalah. Nak cakap lebih-lebih pun payah.
Jodoh ini susah nak cakap, bila kita sering mencari kadang-kadang dipertemukan dengan orang yang salah dan akhirnya patah hati. Mungkin lebih baik untuk terus berdoa tanpa putus asa agar mendapat jodoh yang baik dan kekal selamanya.