Wah. Teruja sungguh Abang Nara melihat perkongsian detik-detik indah Neelofa di Shanghai, China untuk menyaksikan pertunjukan fesyen Victoria’s Secret. Untuk makluman, Neelofa adalah selebriti Malaysia pertama yang dijemput menghadiri majlis penuh gilang-gemilang ini. Ini adalah satu lagi pencapaian hebat oleh selebriti jelita ini.
Neelofa telah diterbangkan ke Shanghai, China oleh jenama telefon pintar terkemuka, Oppo. Untuk makluman, Neelofa merupakan duta telefon pintar berkenaan OPPO F5 6GB (edisi merah).
Sebaik sahaja menjejakkan kakinya ke Shanghai, Neelofa telah melahirkan rasa terujanya untuk melihat pertunjukkan fesyen yang menjadi gilang gemilang dan melihat dengan mata sendiri setiap rekaan terbaru Victoria’s Sceret. Sempat lagi tu dia berselfie dengan artis-artis antarabangsa.

Candice Swanepoel, salah seorang supermodel yang terlibat di dalam pertunjukan fesyen Victoria’s Secret
Adalah menjadi impian setiap gadis untuk melihat Victoria’s Fashion Show secara langsung. Ternyata tuah adalah milik Neelofa kerana dapat menyaksikan aksi para supermodel seperti Candice Swanepoel, Lily Aldridge dan ramai lagi memperagakan rekaan terbaru Victoria’s Secret.
Untuk makluman, Oppo adalah penaja rasmi smartphone untuk Victoria’ Secret Fashion Show 2017. Sudah pasti kualiti gambar yang diambil terutama selfie adalah awesome terutamanya jika diambil dengan Oppo F5 yang merupakan smartphone terbaik untuk selfie.
Apa pun tahniah diucapkan kepada Neelofa kerana menjadi selebriti pertama Malaysia dijemput menghadiri majlis bertaraf antarabangsa ini. Semoga ia akan menjadi pemangkin untuk kejayaan Neelofa yang seterusnya. Well done.
Untuk pengetahuan korang OPPO F5 ini mempunyai 6GB RAM dan 64GB ROM yang boleh memberikan space besar untuk phone korang, jadi jangan bimbang kalau korang ni kaki selfie, sebab banyak gambar korang boleh simpan dalam OPPO F5 6GB Red Edition ini. Bukan itu sahaja, ia jugak mempunyai fungsi AI Beautify yang boleh mengesan tona kulit, umur dan jugak jantina, supaya selfie akan nampak semula jadi cantik.
Maklumat lanjut tentang Oppo layari www.facebook.com/malaysiaoppo