Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Sedang Kenal Hati Budi Kerabat Diraja?

Dikala fenomena #LOFATTAH masih lagi hangat membara, timbul pula gosip terbaru mengatakan Neelofa sebenarnya sedang rapat dengan seorang kerabat diraja. Tentu sekali gosip ini membuatkan peminat #LOFATTAH tidak senang duduk bukan?

Advertisement

Menurut Raja Mawar di akhbar Bipop Berita Harian, kerabat diraja itu agak berpengaruh dan ada yang ternampak kereta kerabat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Neelofa pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya baru-baru ini. Terdapat desas-desus mengatakan kerabat berkenaan menghantar Neelofa ke lapangan terbang.

Walaubagaimanapun, menurut sumber  kepada Raja Mawar, Neelofa dan kerabat berkenaan masih lagi mengenali hati budi masing-masing dan sejauh mana hubungan mereka masih tidak dapat dipastikan.

Pada pendapat kami, Neelofa mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja untuk berkawan dan tidak semestinya kemesraan beliau dengan Fattah Amin di kaca televisyen boleh sesuai juga di alam realiti untuk menjalin hubungan cinta.

Kita doakan yang terbaik buat Neelofa dan semoga beliau bertemu dengan jodoh yang tepat buat dirinya. Amin..

Sumber Berita : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama