February 9th, 2013

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa Mohd Noor, telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 24 yang jatuh esok, 10 Februari dengan keluarganya 7 Februari lepas.

Nampaknya ulangtahun kelahiran Neelofa kali ini bermakna kerana dia memberitahu Utusan Malaysia yang dia sudah pun meminta maaf daripada Tasha Shila dan berbaik-baik dengan pelakon itu baru-baru ini.

Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.

Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai.

Begitulah bila sudah bertambah umur, kebanyakan manusia memang mahu membuka lembaran baru dalam hidup. Perkara lepas yang tidak baik biarkan berlalu, asalkan ada kemahuan untuk menjadi lebih baik dan berubah ke arah minda yang lebih positif.

Neelofa juga khabarnya ada menyatakan hasrat untuk berlakon dengan Tasha Shila.

Tahniah diucapkan kepada Neelofa dan Tasha Shila kerana mempunyai jiwa yang besar untuk meminta maaf, memaafkan dan berdamai. Dua-dua punya bakat dan potensi yang besar dalam industri seni, jadi rugilah kalau terus bermasam muka, tak gitu?

Mungkin ada majalah atau akhbar yang akan mengadakan sesi fotografi dengan dua orang bakat ini dan menampilkan mereka di muka hadapan bersama-sama, sah MeleTOP! Kredit gambar We Love Neelofa. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.





Comments are closed.

Loading...