Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Sambut Hari Jadi Ke 30 Dengan Majlis Ilmu

Sudah pun menginjak usia 30 tahun pada 10 Februari semalam, selebriti popular Neelofa memilih untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan.

Advertisement

Diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, majlis tersebut diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan berkonsepkan perkongsian ilmu terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Difahamkan majlis yang Light And Love Saturdate itu turut dihadiri rakan artis Heliza Helmi serta ahli keluarga dan peminat Neelofa.

Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

Advertisement

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama.

Ketika majlis tersebut, Neelofa juga sudi untuk melakukan demonstrasi solat dan cara bacaan solat dengan maksud dalam Bahasa Melayu. Ia dilakukan untuk menambah pemahaman dalam bacaan solat. Usaha Neelofa ini amat baik sekali dan supaya ia dapat menjadi contoh buat orang lain di luar sana. Selamat hari jadi.

Sumber Berita : Kosmo!

Kredit Foto  : Neelofa Team

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 Comments

  1. Anonymous

    February 11, 2019 at 3:06 pm

    Gigi Hadid..seiras Lopak…mmbezakn tudung je..mmg cun

    • Anonymous

      February 11, 2019 at 11:51 pm

      Bella hadid elok cun tp spoil mcm bergambar sebelah khinzir.. buruk lah khinzir tua

  2. benci thought

    February 11, 2019 at 2:42 pm

    lopak dah matang … alhamdulilah mcm ni la bagus!!

  3. Anonymous

    February 11, 2019 at 12:20 pm

    Maulidur Rasul pun diadakan di masjid, tetapi tiada makan2 kan..dan belon2 mcm tu.

  4. Anonymous

    February 11, 2019 at 12:19 pm

    satu je la aku nak nasihat kat semua, tak kisah la netizen ke artis ke, tolong la jgn gunakan masjid, utk perkara2 yg tak btol. jgn kaitkan agama dgn kehidupan ‘tak btol’. jgn jdkan agama ‘alasan’ utk nampak baik tp hakikatnya…emmmm

    • Anonymous

      February 11, 2019 at 3:58 pm

      betul tu… beriya Nara up story tuk penjilat up lopak g masjid…. hakikatnyer kt luar pakai sarung benggali.. event berposing dgn bella hadid kt club arak pun xder hal

  5. Anonymous

    February 11, 2019 at 11:54 am

    Kau nak melayu semua selekeh toksah fashion jilbab terus? Pakai tudung tak boleh berfesyen, tak boleh makeup, tak boleh wangi, tak boleh colourful…itu ini…tu sebab yg modern rasa rimas…nak semua pompuan mlayu msia comot2, gemok2, slekeh2, busuk mcm kau??? Duduk ngadap tv makan je biar gemok, usia muda pakai mcm makcik2? Walaupun aku bukan fan sapa2 tapi secara logic, dah berapa kali dia dijemput ke Mekah? Kau ada? So Allah lebih mengetahui…..kan?

    • Anonymous

      February 11, 2019 at 12:02 pm

      rukun islam yg ke 5..yg berkemampuan ye..Islam itu mudah..

    • Anonymous

      February 11, 2019 at 3:22 pm

      Mmg pandai ckp…ingat ada yg banyak duit pun kalau Allah tak seru dia tak pergi2 jugak ke Mekah, ada yg dah plan tak jadi, ada yg tak cukup duit tiba2 ada org sponsor, ada niat lum tersampai, ada cuma angan2 nak pergi tiba2 menang cabutan bertuah ke tanah suci…Islam itu mudah tapi kalau ashik nak tgok segi buruk…sampai bila pun payah

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama