February 11th, 2019

Sudah pun menginjak usia 30 tahun pada 10 Februari semalam, selebriti popular Neelofa memilih untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan.

Diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, majlis tersebut diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan berkonsepkan perkongsian ilmu terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Difahamkan majlis yang Light And Love Saturdate itu turut dihadiri rakan artis Heliza Helmi serta ahli keluarga dan peminat Neelofa.

Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama.

Ketika majlis tersebut, Neelofa juga sudi untuk melakukan demonstrasi solat dan cara bacaan solat dengan maksud dalam Bahasa Melayu. Ia dilakukan untuk menambah pemahaman dalam bacaan solat. Usaha Neelofa ini amat baik sekali dan supaya ia dapat menjadi contoh buat orang lain di luar sana. Selamat hari jadi.

Sumber Berita : Kosmo!

Kredit Foto  : Neelofa Team


53 responses to “Neelofa Sambut Hari Jadi Ke 30 Dengan Majlis Ilmu”

  1. Anonymous says:

    maknenya lopak lahir tahun ni..tahun kinzir..yg mana periang dn berjaya..kihkihkihkih

  2. WickEd says:

    Hai mlayu msia ni semua salah…buat baik salah buat jahat dah tentu salah…

  3. pening lalat says:

    dimasjid blh buat acara bday ker dgn hiasan belon2, wpun mula2 penuh dgn acara ilmu, just curious aja. setahu sy lah, lepas majlis nikah dimasjid pun x blh kalau mrk adakan acara makan2 mrk x dibenarkan deco2, setahu sy lah

  4. Anonymous says:

    dtg masjid pun beriya makeup 5 inci mcm nk gi ambik award terutama adik dia tu xpaham betul aku..lps event kt masjid tgk la dia pakai mcmna plk sambut birthday dia kt hotel..haishhh susah betul la aku nk bersangka baik ngn lopak ni hahaha

    • Anonymous says:

      jgn mengata weh, entry ni utk fans2 lopa sanjung2 die aje, kang kite2 yg bash lopa ni kena kecam wakakakakaka larikkkkk

  5. Anonymous says:

    sekejp je 30, 10 taon akan dtg pun bkn lama..jgn memilih sgt jodoh tu..

Loading...