February 11th, 2019

Sudah pun menginjak usia 30 tahun pada 10 Februari semalam, selebriti popular Neelofa memilih untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan.

Diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, majlis tersebut diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan berkonsepkan perkongsian ilmu terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Difahamkan majlis yang Light And Love Saturdate itu turut dihadiri rakan artis Heliza Helmi serta ahli keluarga dan peminat Neelofa.

Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama.

Ketika majlis tersebut, Neelofa juga sudi untuk melakukan demonstrasi solat dan cara bacaan solat dengan maksud dalam Bahasa Melayu. Ia dilakukan untuk menambah pemahaman dalam bacaan solat. Usaha Neelofa ini amat baik sekali dan supaya ia dapat menjadi contoh buat orang lain di luar sana. Selamat hari jadi.

Sumber Berita : Kosmo!

Kredit Foto  : Neelofa Team

53 responses to “Neelofa Sambut Hari Jadi Ke 30 Dengan Majlis Ilmu”

  1. HusnaJBC says:

    Ok part ku plak hihihi ni haa lupakkeee alang2 sllu bt kontroversi ni kn.. Haa buat skli utk kakak ko ngan sharnaz tu canang satu dunia mslh mrk nahh kan laku tudung tu (sruh nabila n amirak pkai tudung) cover meambong punya story

  2. Anonymous says:

    Sebab kan netizen mcm kita ni la, artis yg elok da bertudung even tak sempurna, tiba2 free hair. Bila pakai itu salah. Pakai ini salah. Buat apa2 pun salah. Ingat nak istiqamah tutup aurat dgn sempurna tu senang ke? Sesetengah orang je dapat hidayah senang nak istiqamah. Sudah2 la tu..

    • Anonymous says:

      lopak punye istiqamah dah berulang umrah.. haji pun sudah.. balik sini masih visit kedai bersusun botol arak… istiqamah ni jgn nk salah kan org.. yg buruk dtg dr diri sendiri
      dah tau tudung pun stail benggali.. lopak dgn xmalu ade hati nk jd duta muslimah.. eiii xlayak langsung buat org menyampah jer.. mentang2 lahir tahun khinzir ikut perangai khinzir…

  3. Anonymous says:

    tak baik mctu. org ucap syukur Alhamdulillah..bila lorh baiknya dimata hati korang yg dulunya bersih ketika dilahirkan