Neelofa Sambut Hari Jadi Ke 30 Dengan Majlis Ilmu

Hiburan

Neelofa Sambut Hari Jadi Ke 30 Dengan Majlis Ilmu

Sudah pun menginjak usia 30 tahun pada 10 Februari semalam, selebriti popular Neelofa memilih untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan menganjurkan sebuah majlis keagamaan.

Advertisement

Diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, majlis tersebut diketuai oleh Imam Muda Asyraf dan berkonsepkan perkongsian ilmu terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.

Difahamkan majlis yang Light And Love Saturdate itu turut dihadiri rakan artis Heliza Helmi serta ahli keluarga dan peminat Neelofa.

Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama.

Ketika majlis tersebut, Neelofa juga sudi untuk melakukan demonstrasi solat dan cara bacaan solat dengan maksud dalam Bahasa Melayu. Ia dilakukan untuk menambah pemahaman dalam bacaan solat. Usaha Neelofa ini amat baik sekali dan supaya ia dapat menjadi contoh buat orang lain di luar sana. Selamat hari jadi.

Sumber Berita : Kosmo!

Kredit Foto  : Neelofa Team

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...