Pelakon yang sedang melonjak namanya, Neelofa Mohd Noor, dalam kenyataannya kepada Media Hiburan berkata amalan mandi bunga dan pendinding sudah diamalkan oleh orang Melayu sejak dulu lagi dan tidak salah diamalkan. Menjawab sama ada dia mengamalkannya, dia berkata ‘itu hanya Lofa yang tahu‘. Dalam topik lain, dia turut mengatakan yang gosip percintaannya dengan Hans Isaac akan pudar sendiri jika tidak ada apa-apa yang berlaku selepas ini, tetapi mengakui mereka berkawan. Baru-baru ini, Neelofa telah muat naik gambarnya dengan solekan minimum ke laman peminat Facebooknya. Di mata kami, Neelofa tampak ayu sekali:-
Kalau mandi bunga pun dilakukannya, memang pelbagai juga regim penjagaan kecantikan yang diamalkan oleh Neelofa. Sebelum ini dia juga mendedahkan yang dia mengamalkan minuman kolagen dan rawatan chemical-peeling. Mungkin benar kata orang, seseorang akan cantik jika dia rajin. Ini ialah video temuramah Neelofa untuk tontonan anda:-