Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Nasihat Peserta Dewi Remaja Untuk Gunakan Telefon Cari Ilmu Pengetahuan

Dengan dunia teknologi semakin canggih, kegunaan telefon juga semakin berubah. Kalau dulu telefon sekadar digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar mesej, kini dengan kewujudan applikasi seperti Instagram, Facebook dan Twitter, pelbagai perkongsian sosial boleh dilakukan oleh pengguna telefon pintar. Malah kebanyakan telefon dilengkapkan dengan capaian Internet, memudahkan pencarian tentang sesuatu isu lebih mudah dilakukan.
neelofa Diminta mengulas isu video GST Mawar Rashid, Neelofa menasihatkan para peserta Dewi Remaja dan juga orang ramai untuk menggunakan telefon untuk mencari ilmu pengetahuan dan bukannya sekadar mengambil ‘selfie’ semata-mata. Kata Neelofa:-

Pasti ramai tidak menyedari hakikat bahawa sifat terlalu fokus kepada diri sendiri sebenarnya adalah satu kelemahan. Ianya merupakan satu penyakit. Bagi saya, pengetahuan am itu adalah tanggungjawab diri sendiri dan ianya tidak ditujukan kepada artis semata-mata. Terpulang kepada diri sendiri untuk mengambil berat apa yang berlaku di sekeliling kita.

Advertisement

neelofa

Ada betulnya kata Neelofa itu. Abang Nara juga kadangkala hanya menghabiskan masa untuk membaca dan mengikuti perkembangan rakan-rakan di Facebook dan Instagram. Itu satu kerugian yang amat. Sepatutnya masa tersebut digunakan untuk menimba ilmu. Bagus juga nasihat Neelofa ini untuk kita jadikan panduan. Semoga selepas ini akan ada perubahan. Apa pula yang anda sering lakukan dengan telefon anda? Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top