November 29th, 2019

Bakal menginjak tiga siri pada tahun hadapan, ada ramai yang membawa mulut dan mengatakan bahawa Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, usahawan wanita itu sendiri telah tampil dan menafikan desas-desus kisah peribadinya itu.

neelofa nafi bakal berkahwin tahun hadapan

Jelas tuan punya badan, sekiranya ada perkhabaran yang baik, sudah pasti dia akan berkongsikannya bersama dengan peminat dan orang ramai.

Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok.
Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum.

Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.

Neelofa juga menyatakan bahawa dia dan keluarganya tidak ada perbincangan langsung mengenai hal itu lagi.

Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu.

Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

Dia juga tidak lupa untuk berkongsi khabar gembira apabila dia menyatakan bahawa dia akan mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia tak lama lagi.

Hebat betul Neelofa ini! Sebelum berkahwin, pastinya dia mahu mencapai segala impiannya terlebih dahulu.

Sumber: ASTRO Gempak


15 responses to “Neelofa Nafi Bakal Kahwin Tahun Depan, Mahu Kembangkan Kerjaya Seni Di Indonesia”

  1. Anonymous says:

    Macai jolat , jangan tak jilat

  2. huhuhu says:

    belum nikah andartu,udah nikah tak ada anak,dikata mandul,udah ada anak seorang dikata knapa tak nambah udah nambah..anak byk di kata produktif klu cerai nanti dibilang tak tau mengurus suami anak juga, hanya melayu aja kali tak pernah senang mliat hal org.ehh bahagia kesenang org itu yg rasakan bukan org laen.nikmati hidup dan syukur smpi jgn di tarik balik.mungkin orang2 yg mengata tu ditutupi tanah bru mulut terkunci jari2nya udah kaku.

  3. kelass gituuu says:

    orang tak pikir lagi isu andartu,kalau tingal seorang2 hari tua maid ada,pembantu rumah or PA,orang dulu2 je dalam cerita film2 lama yang duduk kat tangga rumah sambil cebut rambut2 putih yang mulut becok jual2 kain jer mcm tu kallliiiii..daripada yang berkawin 24 jam dalam ketakutan suami di rempas orang..silap haribulan jadi janda..

  4. Tina Tenuk says:

    neefola ni jual susu ke? sapa prnh try..sedap ke?

  5. Anonymous says:

    andartu poket penuhhh..round2 dunia jumpa org2 international trade..pamous ppl..tak lorh nak mgadap lypi… pc cuma doang…

Loading...