Written by Irsa | November 29th, 2019

Bakal menginjak tiga siri pada tahun hadapan, ada ramai yang membawa mulut dan mengatakan bahawa Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun, usahawan wanita itu sendiri telah tampil dan menafikan desas-desus kisah peribadinya itu.

neelofa nafi bakal berkahwin tahun hadapan

Jelas tuan punya badan, sekiranya ada perkhabaran yang baik, sudah pasti dia akan berkongsikannya bersama dengan peminat dan orang ramai.

Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok.
Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum.

Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.

Neelofa juga menyatakan bahawa dia dan keluarganya tidak ada perbincangan langsung mengenai hal itu lagi.

Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu.

Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

Dia juga tidak lupa untuk berkongsi khabar gembira apabila dia menyatakan bahawa dia akan mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia tak lama lagi.

Hebat betul Neelofa ini! Sebelum berkahwin, pastinya dia mahu mencapai segala impiannya terlebih dahulu.

Sumber: ASTRO Gempak

15 responses to Neelofa Nafi Bakal Kahwin Tahun Depan, Mahu Kembangkan Kerjaya Seni Di Indonesia

  1. Anonymous says:

    Siapa yang masih gelarkan andartu , fikiran anda memang kolot,,ni bukan zaman dulu nak kata andartu,ni zaman wanita bekerjaya,,biar dulu dia nak capai apa,,soal jodoh Allah yang tentukan

  2. Kah says:

    littlemisskhan nak kawen keeeeeeee

  3. bella hadid says:

    umur 30 pun duit berkepuk hhati senang travel around the world biar kahwin lambat dari kahwin awal rumah tangga tunggang langgang.menanti nk jadi janda. ahhahaha

  4. Copy ke says:

    Mekap tiru gigi hadid

  5. cik halia says:

    sesapa yg berani kawin dgn lopak ni ibarat menjerut leher sendiri…berani ke nak masuk keluarga diaorg ni??? tgk la apa dh jd dgn laki kakak dia si S tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini