February 29th, 2016

Selebriti popular Neelofa cukup berjaya dalam kerjayanya juga dalam bidang perniagaan, tetapi kurang bernasib baik dalam percintaan meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa jejaka.

Meskipun ada yang mengatakan Neelofa sudah ada kekasih hati, beliau bagaimanapun menafikan perkara berkenaan.

Namun, Neelofa akui beliau akan mula rasa panik dan serius memikirkan soal jodoh jika mula melangkah ke usia 30 tahun.

Kalau kita mempunyai kekasih hati sudah tentu kita mahu mengikat perhubungan itu ke arah lebih serius dan mendirikan rumah tangga. Hakikatnya sekarang ini saya masih lagi tidak mempunyai kekasih hati.

Walau bagaimanapun, saya akan lebih panik dan serius untuk memikirkan soal jodoh bila mana usia menjangkau 30 tahun nanti.

Buat masa ini,Neelofa yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 27 ingin memberikan fokus kepada perniagaannya dan menyimpan hasrat untuk membuka cawangan Naelofar Hijab di New York.

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...