Neelofa Menang Kategori Usahawan Influencer Awards 2019 Monaco

Hiburan

Neelofa Menang Kategori Usahawan Influencer Awards 2019 Monaco

Tahniah kami ucapkan kepada selebriti popular Neelofa atas pencapaian membanggakan apabila dia telah menerima anugerah Influencer Awards 2019 Monaco (IAM 2019) dalam kategori Usahawan yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco, semalam.

Neelofa Influencer Awards 2019 Monaco

Advertisement

Neelofa merasa sangat teruja diiktiraf menerusi anugerah berprestij berkenaan memandangkan setiap penerima yang terpilih dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia.

Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan teruja menerima anugerah ini. Memandangkan pemilihan setiap penerima anugerah dibuat berdasarkan penilaian juri dari New York, Los Angeles, Perancis dan negara Timur Tengah, ia membuatkan anugerah ini bertambah istimewa.

Neelofa Anugerah Influencer Awards 2019 Monaco

Saya sendiri tidak sangka diberikan pengiktirafan sebegini. Bermula dengan perniagaan kasut secara kecil-kecilan di rumah membawa kepada kewujudan jenama Naelofar, pengiktirafan ini adalah titik tertinggi dalam kerjaya bisnes saya setakat ini.

Sejujurnya, saya berasa sangat bertuah memandangkan bisnes hijab ini mampu menjadi platform saya memperkenalkan negara kita dan ‘modest fashion’ kepada orang luar.

neelofa

Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu. Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Kejayaan Neelofa di dalam bidang perniagaan seharusnya dijadikan contoh oleh golongan muda masa kini. Bukan calang-calang orang yang boleh dapat pengiktirafan untuk anugerah berprestij antarabangsa. Tahniah sekali lagi kepada Neelofa.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

34 Comments

  1. niat jgn lupa

    October 7, 2019 at 10:09 pm

    kisah pulak aku

  2. Anonymous

    October 7, 2019 at 10:07 pm

    Batu apiiii!!! Euwwq

  3. Jooommm Pindah!

    October 7, 2019 at 10:06 pm

    Blog ni dah mati.. org sama dok komen.. semua masuk Cari Forum skrg..

  4. Anonymous

    October 7, 2019 at 9:50 pm

    Fakezura x menang pape ke? Oh tercalon pun tak. Kbye.

  5. Sedih..

    October 7, 2019 at 7:26 pm

    Gbira & sedih tgk lofa skarg ni.. gembira diatas kejayaan yg dikecapinya tapi sedih sbab semakin bnyak pencapaian lofa, semakin melayang tudung dia.. last2 yg tinggal hanya inner/serkup.. ntah apa lagipah selepas ni.. kat mana modestnya??

Loading...