Neelofa & MATRADE Bekerjasama Untuk Eksport Tudung Naelofar Ke Luar Negara

Hiburan

Neelofa & MATRADE Bekerjasama Untuk Eksport Tudung Naelofar Ke Luar Negara

Kepopularitian tudung Naelofar ciptaan Neelofa tidak perlu diperkatakan lagi. Memang semua wanita gilakan rekaan tudung yang sangat simple, cantik dan memikat ini. Di Malaysia ini kalau tak pernah pakai tudung Naelofar, memang tak ikut trend lah maksudnya. Baru-baru ini, Neelofa telah bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) untuk mengembangkan lagi penjualan tudung Naelofar ke luar negara melalui eksport. Kerjasama ini telah termeterai menerusi program CelebExport.
neelofa celebexport

CelebExport ini adalah satu kempen pengukuhan penjenamaan eksport di kalangan artis tempatan. Bukan senang untuk orang Malaysia menembusi pasaran antarabangsa walaupun mempunyai produk yang sangat bagus. Untuk makluman, tudung Naelofar kini sudah pun dieksport ke 37 negara antaranya Singapura, Brunei, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Saudi Arabia, Perancis, Norway dan Emiriah Arab Bersatu. Kata Neelofa tentang kerjasama ini:-

Advertisement

Melalui bantuan MATRADE, kami mulai faham perkara-perkara seperti akses ke pasaran, maklumat risikan pasaran, peluang kerjasama global serta kepentingan mewujudkan model perniagaan yang ideal dalam mengembangkan operasi perniagaan,” kata Neelofa yang juga Pengarah Naelofar Hijab.

Saya amat menggalakkan artis tempatan yang lain untuk turut mempelajari eksport dan segera mengambil peluang eksport yang ada buat mereka di luar sana. MATRADE boleh membantu membimbing mereka dalam menjadi pengeksport yang berjaya.

neelofa celebexport

Jadi jika anda seorang selebriti dan mempunyai perniagaan serta mahu mengembangkannya ke pasaran luar negara, apa yang harus anda lakukan? Senang sahaja. Anda cuma perlu hadir ke Pusat Integrasi Eksport atau Pusat Khidmat Pelanggan MATRADE yang terletak di Aras 2, Menara MATRADE di Kuala Lumpur. Pusat Integrasi Eksport ini dibuka setiap Rabu dan Khamis manakala Pusat Khidmat Pelanggan dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang. Nanti di sana akan ada pegawai bertugas yang akan membantu anda dari A sehinggalah Z.

neelofa celebexport

Diharap akan lebih ramai artis yang menyertai kempen CelebExport ini. Abang Nara tahu memang ramai artis berniaga di Malaysia. Kalau dah kukuh di sini, apa kata cuba pasaran luar negara kan? Untung-untung produk anda meletup, bolehlah tambah rezeki yang sedia ada. Untuk maklumat lanjut layari www.matrade.gov.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...