Sebelum ini gosip Hans Isaac yang kembali bercinta dengan Neelofa menjadi bualan hangat peminat. Walaubagaimanapun, Hans telah menafikan perkara berkenaan dan memberitahu beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Terbaru, Neelofa mengakui beliau sudah bercakap semula dengan Hans pada tahun lalu tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada kawan dan buat masa ini Neelofa masih lagi solo.
Cerita kami kononnya kembali bercinta adalah tidak betul. Saya masih solo dan tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang. Kalau saya menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi lebih baik saya diam.
Bibit percintaan diantara Neelofa dan Hans timbul apabila mereka menjalani filem Lemak Kampung Santan sejak tahun 2011. Namun, hubungan mereka putus ditengah jalan pada tahun lepas kerana Neelofa dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat diraja.
Kisah mengenai percintaan mereka kembali diperkatakan apabila Neelofa dilihat hadir ke pementasan teater Baik Punya Cilok lakonan Hans, Datuk AC Mizal, Awie dan Afdlin Shauki di Istana Budaya, pada bulan April lepas.
Nampaknya ada lagi peluang untuk jejaka diluar sana memikat gadis jelita Neelofa. Mungkin peminat sudah boleh berhenti bergosip beliau sedang bercinta dengan Hans Isaac kerana kedua-dua mereka sudah mengaku tidak mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan.