Meskipun dihimpit dengan kontroversi panas baru-baru ini, Neelofa nampaknya masih lagi kekal sebagai ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW2018) yang diterima oleh beliau pada Januari lepas.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan sekaligus menafikan khabar angin kononnya namanya sudah digugurkan berikutan isu pelancaran tudungnya di kelab malam seperti yang dilaporkan oleh sebuah blog sebelum ini.
Pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih Neelofa sebelum ini dan percaya ia dapat memberi insipirasi kepada wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Kementerian melihat dari sudut yang positif apa yang akan disumbangkan oleh beliau untuk memperkasakan wanita.
Terdahulu, ada yang mendakwa nama Neelofa terpaksa digugurkan daripada senarai tersebut kerana kementerian berkenaan tidak mahu terkena tempias berikutan kontroversi viral yang melibatkan selebriti popular itu.