Neelofa Malas Ambil Pusing Rekaan Tudungnya Diciplak

Hiburan

Neelofa Malas Ambil Pusing Rekaan Tudungnya Diciplak

Neelofa adalah seorang selebriti yang amat pandai berniaga. Antara perniagaan yang diceburi oleh Neelofa ialah jubah, contact lens, dan tudung. Malah disebabkan perniagaan yang semakin berkembang maju, kelibat Neelofa di dalam drama dan filem juga semakin jarang kelihatan. Tumpuan Neelofa lebih kepada perniagaannya. Senang cakap, Neelofa hari ini lebih kepada ‘businesswoman’ berbanding ‘actress’. Amboi speaking.

neelofa

Advertisement

Satu ketika dahulu pernah kecoh apabila ada dakwaan Neelofa meniru rekaan tudung syarikat lain untuk dijadikan miliknya. Namun dakwaan tersebut senyap begitu sahaja. Kini dengan populariti tudung Naelofar yang semakin menggila, semakin banyak tudung ciplak yang menyerupai rekaan tudung Naelofar itu muncul di pasaran. Ini semua asam garam dunia perniagaan. Kata Neelofa:-

Bisnes tudung saya ini masih baru. Selepas empat bulan beroperasi, Zalora menawarkan kerjasama ini. Asalnya saya mahu jual jubah, namun apabila tudung mendapat sambutan luar biasa, ada baiknya saya fokus pada pengeluaran tudung saja.

Saya gembira dengan penerimaan orang ramai terhadap Naelofar, malah ada beberapa pihak menciplak rekaan saya. Ada pasukan yang memantau dan mencari siapa yang menciplak tudung saya. Perkara sebegini sukar dikawal dan jika mereka melakukan lebih daripada jang­kaan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

Bagi saya apa yang penting tindakan mereka itu sedikit pun tidak menjejaskan periuk nasi saya. Saya pun malas ambil pusing kerana banyak lagi perkara lain hendak difikirkan.

neelofa

Apabila sesuatu perkara menjadi fenomena dan popular, ia adalah perkara biasa untuk diciplak oleh orang lain. Anggaplah ini sebagai satu ujian dan cabaran dunia perniagaan. Tak perlu cepat melatah. Terima ia sebagai satu cabaran untuk memikirkan cara pemasaran yang lebih bagus. Buat peminat tudung Naelofar, anda kini boleh mendapatkannya di laman web www.zalora.com.my. Silalah cepat sebelum stok habis. Selamat membeli!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...