Berikutan banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Malaysia kini, Neelofa telah pun melancarkan tabung bagi membantu mangsa yang terjejas terutamanya di Kelantan, Pahang dan Johor menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN).
Daripada entri di laman media sosial miliknya, usahawan wanita itu meminta orang ramai agar prihatin dan menghulurkan bantuan untuk mangsa banjir dengan memberikan sumbangan diĀ www.kasihneelofa.org.
Bukan itu sahaja, Neelofa meminta mangsa banjir agar memberi maklmumat termasuk rakaman video dan gambar supaya bantuan dapat dihanter kepada mereka.
“Saya akan semak mesej langsung yang diterima dan cuba usahakan kutipan melalui sumbangan dihulur orang ramai. Kami akan cuba beri bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan.”
Diharap bantuan Neelofa ini dapat membantu mangsa yang terjejas.