Sekarang ini sedang panas dengan isu artis membuka tudung, buat Neelofa yang juga telah hampir lima tahun berhijrah merasakan beliau belum cukup layak untuk memberikan komen lanjut mengenai perkara itu.
Menurut Neelofa, beliau juga tidak sempurna, imannya juga pasang surut tetapi bila beliau terasa dirinya rapuh serta semakin jauh dari landasan Allah SWT, beliau akan cuba untuk mendekatkan diri dengan agama.
Siapalah saya untuk ‘judge’ mereka ini semua. Lebih baik saya fikir positif agar rakan artis tidak terus tertekan. Dah banyak kita lihat artis-artis jauh tersasar kerana tekanan daripada netizen. Jadi, saya tak nak termasuk dalam kumpulan netizen yang memberi kata-kata cemuhan dan negatif dan menjauhkan lagi diri mereka (artis) dengan agama Islam.
Iman saya pun ada naik turun, sama dengan orang lain tetapi bila saya rasa jauh dengan Allah SWT saya akan mendekatkan diri dengan agama dan berzikir.
Agak sukar untuk memberikan sebarang komen mengenai isu sensitif seperti menutup aurat dan keputusan seseorang untuk membuka tudung. Setiap orang mempunyai pandangan berbeza, namun jangan pernah memberikan sokongan dan mendoakan yang baik-baik agar satu hari nanti individu itu akan kembali berhijab.