Neelofa Kongsi Pengalaman Umrah ‘Lain Dari Biasa’ – “Susah Nak Move On Kalini, Sampai Termimpi”

Hiburan

Neelofa Kongsi Pengalaman Umrah ‘Lain Dari Biasa’ – “Susah Nak Move On Kalini, Sampai Termimpi”

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, berkongsi pengalaman menunaikan umrah yang disifatkan berbeza daripada sebelumnya, meninggalkan kesan mendalam di hatinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, memuat naik video perjalanan dari Malaysia ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Advertisement

Dalam kapsyen, beliau menzahirkan rasa syukur dan ketenangan walaupun keletihan sepanjang perjalanan.

Hari pertama perjalanan umrah. Alhamdulillah, walaupun penat, hati rasa tenang sangat.
Semoga setiap langkah, setiap doa diterima di sisi Allah

Menariknya, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu turut mendedahkan bahawa pengalaman kali ini begitu mendalam hingga terbawa ke dalam mimpi selepas pulang ke tanah air.

Neelofa

Kali ini susah sikit nak move on dari perjalanan Mekah Madinah. Balik Malaysia tapi macam separuh jiwa masih di sana. Biasanya tak macam ini… sampai mimpi-mimpi semalam.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat yang turut menzahirkan rasa rindu ke Tanah Suci, selain mendoakan agar Neelofa terus dikurniakan keberkatan dan ketenangan selepas pulang daripada umrah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharifah Husna Halim Radzi cerai
2025-10-12 11:05:20

"Kalau Saya Cakap Apa Pun Tiada Kesan" - Halim Radzi Buka Mulut Isu Rumah Tangga Goyah Dengan Sharifah Husna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...