Neelofa Kongsi Pengalaman Belajar Di Asrama MRSM Langkawi – “Dulu Kes Buli Di Sana..”

Hiburan

Neelofa Kongsi Pengalaman Belajar Di Asrama MRSM Langkawi – “Dulu Kes Buli Di Sana..”

Pelakon dan usahawan jelita, Noor Neelofa tampil berkongsi pendapatnya mengenai isu buli di sekolah yang menjadi-jadi pada ketika ini.

Ketika ditemui Melodi, Neelofa ada berkongsi pengalamannya menuntut di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi suatu ketika dahulu.

Advertisement

Menurutnya,  isu buli ketika itu tidak terlalu teruk seperti sekarang sehingga menyebabkan kecederaan parah dan maut.

Saya memang menuntut di MRSM Langkawi selama 5 tahun. Sepanjang pengalaman saya, tak adalah kes buli sampai melibatkan fizikal ataupun yang menyakitkan.

Mungkin ada secara verbal, ataupun nak tunjuk kuasa, tu adalah, very light.

Tambah Neelofa, kes buli sudah lama wujud namun pada zaman kini, ianya seperti semakin menjadi-jadi disebabkan akhlak pelajar yang melampau dan tidak dapat dikawal.

Neelofa juga memuji tindakan kerajaan yang melantik bekas askar dan polis sebagai warden sekolah asrama.

Isteri kepada pendakwah terkenal PU Haris itu juga sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar lebih cakna dalam memantau sikap anak-anak di rumah dan juga sekolah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-08 12:04:45

Peminat Terkejut Linda Onn 'Cekik' Leher Anak Saudara Kerana Terlalu Marah, Rupa-Rupanya...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...