June 23rd, 2016

Neelofa adalah contoh selebriti yang cukup aktif dalam bidang perniagaan, untung sebanyak RM50 juta hanya dengan jualan Naelofar Hijab , kini Neelofa melangkah lagi membina empayarnya apabila melancarkan beg tangan dengan jenamanya sendiri. Wah!

Dikenali dengan jenama Neelofa Handbag,  peminat tegar Neelofa sudah boleh mendapatkan beg tangan berkenaan  dengan harga bermula dari RM122.65 sehingga RM 169.82 .

Kami rasa produk keluaran Neelofa ini memang akan mendapat sambutan yang cukup hangat. Siapa tahu  ia boleh beri persaingan kepada jenama-jenama besar lain. Lepas ini, ramailah yang bergaya dengan Neelofa Handbag pada hari raya nanti.

Strategi perniagaan Neelofa cukup bagus. Kata orang selagi nama masih popular, gunakan kesempatan itu untuk berniaga. Hehe..


Comments are closed.

Loading...