Patutlah rasa kurang berseri bumi Malaysia ini. Rupa-rupanya Neelofa kini berada di Los Angeles. Seronok sungguh Abang Nara melihat perkongsian gambar oleh Neelofa di laman Instagramnya ketika berada di sana. Memang nampak enjoy betul-betul. Namun pemergian Neelofa sebenarnya adalah untuk sebuah projek eksklusif Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski di Malibu.
Neelofa telah pun bekerjasama dengan produksi antarabangsa untuk projek ekslusif ini. Rasa tak sabar pulak nak melihat apakah projek ekslusif ini. Memang gempak gila-gila punya. Berikut ialah beberapa keping gambar “shooting” Neelofa untuk projek bersama Swarovski ini.
Dikelilingi mereka yang sangat ceria dan positif, ia sekaligus membangkitkan semangat Neelofa untuk bekerja meskipun masih dalam
keadaan “jetlag” dan penat dengan jadual aktivitinya yang agak padat sebelum ini. Mungkin kerana pengalaman bekerjasama dengan nama-nama besar, mereka sangat mementingkan kualiti dan penjagaan masa. Tidak ada langsung masa yang dibazirkan tanpa aktiviti pengambaran!
Teruja dengan kerjasama ini, Neelofa menyifatkan Swarovski sebagai jalinan kolaborasi yang sangat menyenangkan. Semua urusan diuruskan oleh mereka dan segalanya sangat mudah! Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua Neelofa menjalinkan kerjasama bersama Swarovski.
Sama-sama kita nantikan hasil projek ini kelak. Buat Neelofa, sila jaga kesihatan anda ketika berada di negara orang. Nanti demam terpaksa Abang Nara fly ke sana pulak. Tak pasal-pasal. Hehehe. Good luck and all the best.