Neelofa Kena Hentam Didakwa Asyik Promosi Produk Diboikot – “Tak Ada Empati Langsung”

Hiburan

Neelofa Kena Hentam Didakwa Asyik Promosi Produk Diboikot – “Tak Ada Empati Langsung”

Nama selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial apabila ramai netizen mengecam tindakannya yang didakwa mempromosikan produk keluaran Israel.

Isu itu mencetuskan rasa tidak puas hati kerana Neelofa sering tampil dengan imej Muslimah serta kerap berkongsi mengenai hal agama, namun dalam masa sama dikaitkan dengan produk yang sensitif terhadap isu kemanusiaan.

Advertisement

Rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa dan menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan pendiriannya sendiri.

neelofa sokong israel

“Macam tak ada empati,” komen seorang pengguna di Twitter.

Ada juga yang menegur agar selebriti itu lebih berhati-hati sebelum terlibat dengan sebarang kempen pemasaran, terutama apabila ia berkait rapat dengan isu global seperti konflik Palestin-Israel.

Sehingga kini, Neelofa masih belum memberikan sebarang penjelasan berhubung dakwaan tersebut, namun perbincangan hangat di media sosial semakin rancak dengan ramai yang mendesak beliau tampil memberi penjelasan.

Neelofa tak pernah merajuk dengan PU Riz
2025-07-11 17:20:23

"Alhamdulillah Neelofa Tak Pernah Merajuk, Kami Solat Bersama Kalau Ada Masalah" - PU Riz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...