Neelofa Kecewa Ada Pihak Palsukan Jenama Naelofar Hijab

Hiburan

Neelofa Kecewa Ada Pihak Palsukan Jenama Naelofar Hijab

Bila melakukan perniagaan tudung, pasti ada sahaja pihak yang akan meniru seratus peratus rekaan asal dan menjual dengan harga yang lebih murah.

Mengakui kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menciplak jenama tudungnya, Neelofa memberitahu sebuah serbuan telah dilakukan bersama pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sebuah premis terletak di Gombak, Selangor yang dikesan menjual tudung ciplak jenama tudung Naelofar Hijab.

Advertisement

Hasil siasatan mendapati pemilik premis berkenaan menjual tudung Naelofar Hijab palsu pada harga minimum RM 50.

Ini bukan hanya soal rugi, tetapi soal usaha lelah saya. Semua isu berhubung tindakan menciplak Naelofar Hijab akan dijelaskan ada sidang media.

Sidang media berkenaan akan diadakan pada petang ini di Ibu Pejabat KPDNKK Shah Alam, Selangor.

Neelofa sebelum ini ada memberikan peringatan kepada peminatnya agar tidak terpedaya dengan harga murah serta produk tiruan yang menggunakan nama serta fotonya.

Tidak mahu kejadian ini terus berulang, Naelofar Hijab telah mewujudkan satu pasukan khas yang akan mengenalpasti mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Neelofa dan fotonya untuk mengaut keuntungan.

Dalam dunia perniagaan, pasti akan saingannya dan ada pihak yang akan meniru produk yang anda hasilkan untuk mengaut keuntungan. Bersabar lah Neelofa, kalau orang tiru Naelofar Hijab mereka tahu produk anda memang bagus.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...