Akhirnya, yang dinanti-nanti telah tiba. OPPO Reno3 Series bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 12 Mei 2020 ini. Dilengkapi dengan kamera belakang 64MP, OPPO Reno3 Series akan membantu akan mengambil gambar seperti seorang professional dengan hanya menggunakannya.
Pelancaran rasmi telefon pintar terbaru OPPO ini akan disiarkan secara langsung di OPPO Facebook Page, OPPO YouTube Channel, TV3 dan 8TV. Anda WAJIB menontonnya kerana ada peluang untuk memenangi 15 unit OPPO Reno3. Mana tahu ada rezeki anda nak raya nie kan?
OPPO Reno3 Series, akan datang 12 Mei 2020 ini
- Tahukah anda di paparan SUPER AMOLED OPPO RENO3 terdapat 2 buah lubang sebagai “rumah” untuk kamera hadapan 44MP ultra-high pixel dan juga 2MP kamera kedalaman? Gabungan kedua-dua kamera ini memastikan “selfie” anda sempurna, jelita dan nampak natural. Confirm banyak LIKE punya lepas nie.
- Selain itu, OPPO Reno3 juga turut memperkenalkan Dual Lens Bokeh serba baharu, yang menggunakan algorithm 2 kamera untuk mendapatkan kesan bokkeh yang lebih tajam, cantik dan jelas.
- Paling best, anda juga kini boleh ber”selfie” di waktu malam menggunakan kamera hadapan kerana pilihan Ultra Night Selfie Mode turut tersedia. Tak ada sumber cahaya yang cukup pun tak ada masalah. Guna je mode ini dan selfie anda pasti akan kebabom!!
Kemunculan OPPO A92, Live My Way
Quad Kamera 48MP Quad Camera
Dengan kamera belakang utama 48MP, OPPO A92 mempunyai kemampuan untuk mengambil gambar dengan resolusi tinggi, mengabadikan lebih banyak perincian dan sudah pasti, gambar yang lebih jelas untuk tatapan anda.
Selain itu kehadiran aperture sebesar F1.7 membolehkan kamera OPPO A92 menangkap lebih banyak cahaya, maka gambar yang diambil sama ada siang atau malam adalah lebih jelas, terang dan sempurna.
Paparan skrin
OPPO A92 hadir dengan ratio screen-to-body sebanyak 90.5%, dengan paparan 1080P Neo-Display yang menjanjikan lebih keseronokan dan keasyikan apabila menonton video atau bermain game. Dengan skrin saiz sebesar 6.5 inci, OPPO A92 hadir dengan resolusi sebesar 2400×1080 dan 405 PPI ketumpatan piksel yang melebihi had pengecaman mata manusia, sekaligus memastikan paparan yang sangat jelas. Setakat layan Netflix tue memang tak ada masalah. Macam tengok dalam wayang!!!
Rekaan
Rekaan penuh inovasi dan paling penting, SELESA
Menerapkan rekaan Constellation Design yang diinspirasikan oleh Polar Regions, bahagian belakang OPPO A92 menampilkan perubahan yang berlaku di langit seperti pertukaran siang ke malam, kehadiran galaksi Bima Sakti serta tarian Aurrora pada malam yang penuh kesunyian. Senang cakap, sekali tengok memang anda akan terpukau dibuatnya.
Selain itu, keempat-empat kamera OPPO A92 disatukan dan disusun untuk membentuk huruf C, di sepanjang garis cahaya yang akan berkilau dengan setiap pergerakan. Rekaan ini seolah-olah sama dengan buruj yang bersinar terang di langit pada waktu malam. Memang memukau!!!
Hadir dengan pilihan warna Twilight Black dan Shining White, berat OPPO A92 hanya 192 gram dengan rekaan 3D Quad-Curve yang memberikan keselesaan dan cengkaman yang lebih kukuh apabila anda memegangnya.
Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba, OPPO kini melancarkan kempen besar-besaran untuk para pelanggannnya dengan ganjaran melebihi RM10 juta untuk dimiliki. Fuh. RM10 juta tue. Memang raya sakan nampak gayanya!!!
Ganjaran Hadiah PERCUMA (dari 9 – 31 Mei 2020)
Beli salah satu produk dibawah dan anda berpeluang mendapat hadiah PERCUMA berikut:-
- Beli OPPO A Series dan bawa pulang OPPO Backpack bernilai RM199
- Beli OPPO Reno Series dan miliki OPPO Enco 31 yang bernilai RM259 secara percuma
- Beli OPPO Find X2 Series dan anda bakal memperolehi OPPO Enco Free bernilai RM499.
- Kesemua pelanggan layak mendapat hadiah-hadiah yang tertera apabila membeli mode telefon pintar tertentu dari OPPO Concept Store, Authorised Dealer Store, OPPO Official Website, E-commerce Partner, Telco Partner dan Chain Store Partner
Ganjaran Diskaun
Dari 9 Mei hingga 31 Mei 2020, para pembeli OPPO A9 dan OPPO Reno 2 bakal menikmati diskaun tunai istimewa. Sekiranya anda membuat tempahan di dalam tempoh ini, diskaun sebanyak RM200 untuk OPPO A9 2020 dan diskaun RM100 untuk OPPO Reno2 bakal anda perolehi. Best kan?
Diskaun Ekslusif RM50 Untuk OPPO A92
Ha, untuk anda yang dah bercadang nak beli OPPO A92, jangan risau sebab ada diskaun ekslusif bernilai RM50 untuk penjimatan tambahan. Anda cuma perlu dapatkan kod promosi untuk tawaran ini sama ada platform online atau offlin.
Langkah-langkah untuk mendapatkan kod promosi online adalah seperti di bawah:-
-
- Klik www.oppo.com.my/page/a92promo dan buat pendaftaran
- SMS akan dihantar dalam tempoh 24 jam
- Kod promosi RM50 hanya boleh digunakan di www.oppo.com.my
- Boleh digunakan untuk pembelian OPPO A92 sahaja dari 4 – 31 Mei 2020.
- Ha, ini pula cara untuk dapatkan kod promosi offline:-
- Pergi ke mana-mana OPPO Brand Store (ada 117 kedai kesemuanya) dan tunjukkan telefon pintar OPPO anda kepada pekerja di sana
- Anda akan terus dapat diskaun sebanyak RM50 untuk membeli OPPO A92
- Kemudian para pekerja akan tolong anda memuatturun applikasi My OPPO dan mendaftarkan anda sebagai ahli OPPO
100 Hadiah Setiap Hari
Beli mana-mana telefon pintar OPPO dari 9 Mei sehingga 31 Mei 2020 dan anda layak untuk menyertai promosi 100 hadiah setiap hari ini:-
Oppo akan melakukan undian secara langsung di Facebook OPPO Malaysia dari 11 Mei sehingga 31 Mei pada jam 8 malam setiap hari.
Antara hadiah-hadiah yang boleh dimenangi ialah:-
- Hadiah Utama – 10x 100% cashback (dapat balik duit berdasarkan telefon OPPO yang anda beli)
- Hadiah Tempat Kedua – 30x OPPO W31 bernilai RM259 atau FujiFilm Instant Printer bernilai RM548
- Hadiah Tempat Ketiga – 60x voucher e-wallet bernilai RM30
Untuk menyertai, anda cuma perlu muatturun applikasi My OPPO, tekan banner yang terpampang dan buat pendaftaran. Selepas disahkan oleh OPPO, anda akan menerima SMS yang mengandungi nombor bertuah anda.
Lepas itu jangan lupa untuk tengok OPPO Live di Facebook setiap hari pada jam 8 malam. Kalau nombor anda terpilih, ambil gambar secepat mungkin dan tulis komen “Saya adalah pemenang untuk … (hadiah yang mana satu). Kalau anda pemenang hadiah utama, boleh tulis “Saya adalah pemenang bertuah untuk 100% cashback”.
Ha, memang bertuah sungguh jadi pengguna OPPO pada bulan Mei ini. Terlalu banyak hadiah yang boleh anda menangi. Jadi tunggu apa lagi? Maklumat lanjut layari www.oppo.com.my. Selamat mencuba!