Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Idam Lelaki Berjanggut Dan Boleh Bagi Tazkirah Setiap Malam Jumaat

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube Rosix & Bella, Neelofa dikatakan seorang yang tegas dalam bercinta dan mengidamkan lelaki yang berjanggut dan beragama yang boleh membawanya ke syurga.

Advertisement

Dedah kakaknya Noornabila dan rakan baik Rosix Omar dalam video Q and A time with Rosix, Bella & Lofa, usahawan dan pengacara popular itu juga khabarnya inginkan lelaki yang boleh memberi tazkirah setiap malam Jumaat.

Kenyataan itu dilontarkan Nabila menerusi soalan ‘Cuba korang describe each other?’

“Lofa sangat komited, bekerja keras dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya,”

Selain itu, Rosix pula mendedahkan, baka isteri kepada pendakwah PU Riz itu seorang yang menepati masa dan berpegang teguh kepada kata-kata.

Advertisement

“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata ‘strict’ (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,”

Sekadar informasi, Ahad lalu kecoh di media sosial apabila Neelofa disahkan oleh ibunya bahawa beliau kini telah dirisik PU Riz.

Maka tidak hairanlah pendakwah itu merupakan lelaki yang sangat ideal dengan ciri-ciri yang usahawan itu cari.

Untuk rekod, hubungan mereka mula dihidu warganet sejak beberapa bulan lalu sehinggalah tindakan Noornabila tampil meletakkan emoji ‘love’ pada gambar Neelofa dan PU Riz yang dilihat sedondon ketika majlis perkahwinan adiknya tempoh hari.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Anonymous

    November 6, 2020 at 10:35 am

    lenkali hat LMK tu buh jauhhhhh sket leh x?????! gelak cm MakLampZZZ dia tu semak telinga aku, org nk dengar si Rosix tu bercakap.

  2. tengkutija

    November 6, 2020 at 9:50 am

    Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu
    lol.

  3. Anonymous

    November 5, 2020 at 6:08 pm

    Tak dapat si misai seciput..
    pikiaq punya pikiaq si janggut pun ok lahh..

  4. lin

    November 5, 2020 at 8:59 am

    cinta tak semestinya bersatu..tiberrr

  5. lobenak

    November 5, 2020 at 1:39 am

    *lagi RELA

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama