Masanya sudah tiba untuk para jejaka yang menaruh hati terhadap Neelofa untuk cubaan memenangi hati gadis cantik ini. 27 Disember ini, Neelofa akan terbang ke Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA). Akan bersendirian di sana, Neelofa meluahkan rasa bimbang dan gementarnya.
Kata Neelofa kepada Mstar Online:-
Dalam rasa teruja untuk mengikuti kursus di NYFA, saya sebenarnya gementar dengan suasana yang bakal dilalui. Ini kerana saya ke sana tanpa teman dan bilik yang disewa hanya saya seorang yang tinggal. Dan kalau nak tahu saya ini penakut orangnya. Tak boleh duduk seorang diri
Tak sangka Neelofa ini penakut orangnya. Kalau Abang Nara pun cuak jugak tinggal di negara orang seorang diri. Namun Abang Nara percaya, Neelofa akan cepat mendapat rakan ketika belajar di sana. Dah ada kawan nanti, bolehlah ajak diorang temankan. Tak gitu? Yang pasti, peminat Neelofa di Malaysia pasti akan merindui ketiadaannya kelak. Lebih-lebih lagi mereka yang mengikuti program Meletop di Astro.
Lagi beberapa gambar Neelofa dengan membaca artikel ini sepenuhnya.