Pernah mengeluarkan kenyataan sedang rapat dengan Raja Muda Selangor, pelakon Neelofa sehingga hari ini masih diasak dengan pelbagai persoalan selain ada yang mengatakan beliau dan RMS bercuti bersama baru-baru ini.
Sudah agak rimas dengan segala persoalan, Neelofa akui beliau enggan lagi berkongsi mahupun mengulas lanjut mengenai kisah peribadinya.
Kalau boleh saya tidak mahu ulas apa-apa lagi soalan berkaitan kisah peribadi. Cukuplah rasanya kerana sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang saya berikan. Saya tidak mahu kongsi apa-apa lagi.
Dalam pada itu, Neelofa juga menafikan dakwaan beliau menarik diri daripada drama terbaru Michael Ang kerana tidak mahu bergandingan lagi dengan Fattah. Menurut Neelofa, beliau memang mahukan watak didalam drama tersebut cuma wujud beberapa sebab yang membuat beliau terpaksa menarik diri.
Saya dan Fattah masih berkawan. Kadang-kadang saya ada menghubunginya dan bertanya khabar. Jadi, tidak timbul isu saya enggan digandingkan dengannya. Saya memang memang mahukan watak yang ditawarkan itu, tetapi atas beberapa sebab yang perlu diambil kira dan tidak dapat dielakkan, saya terpaksa melupakannya.
Lumrah menjadi selebriti popular, tentu sekali ramai yang ingin tahu tentang kehidupan peribadi dan kisah cinta Neelofa. Namun, kadang-kadang ada juga yang mencetuskan spekulasi yang agak melampau. Apa-apa pun, itu adalah hak Neelofa untuk tidak lagi mengulas lebih lanjut mengenai kisah peribadinya.