Sebuah portal akhbar tempatan beberapa hari lalu melaporkan Neelofa kini sudah bertemu pengganti dan sedang dilamun cinta sehingga tahap bersayang-sayangan dan rindu-rinduan. Ada pula khabar angin mengatakan jejaka tersebut merupakan anak VIP.
Neelofa menerusi portal BH PLUS berkata, buat masa ini beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan. Pengalaman lalu yang dihimpit pelbagai kontroversi percintaan membuatkan beliau berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadinya.
Sejak awal lagi, sudah banyak hal peribadi menerjah dalam kanvas seni diri ini. Saya sendiri sudah jelaskan daripada banyak segi. Dulu, tunjuk sikit hal peribadi pun tak boleh. Apatah lagi memberi bayangan terus berkenaan hal itu. Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak langsung berkongsi mengenainya.
Selepas apa yang saya lalui, pengalaman mematangkan diri. Ikutkan, dengan kawan pun, hanya mereka yang tertentu sahaja saya bercerita sisi peribadi. Namun, apabila tiba masanya saya akan berkongsi.
Maaf, memang saya tak boleh kongsi fasal bersama orang lain atau sebaliknya, walaupun sedikit. Tapi, andai saya ingin umumkan hal peribadi, pasti ia akan dilakukan secara sewajarnya. Saya akan jemput teman media ketika itu.
Setiap manusia di dunia ini memerlukan teman hidup untuk berkongsi kasih sayang, cinta dan termasuk juga kesedihan hati. Kami tahu ramai peminat yang ingin melihat Neelofa bahagia bersama teman istimewa.