August 1st, 2013

Tajuk yang agak pendek kali ini. Secara amnya, kesemua wanita rasanya memang enggan berkongsi suami atau dalam erti kata lain, bermadu. Neelofa pun turut tak terkecuali. Selaku seorang wanita, Neelofa enggan dimadukan. Nampak gayanya tak ada can lah Abang Nara masuk meminang Neelofa untuk dijadikan nombor dua. Hahaha.

neelofa enggan bermadu

Jujurnya, kalau dapat bini secantik Neelofa, buat apalah nak dimadukan lagi. Cukup-cukuplah dah kot. Secara jujur, Abang Nara yang dah kahwin nie pun tak terfikir langsung nak kahwin dua. Seorang pun susah nak jaga. Kata Neelofa kepada Sinar Harian:-

Saya percaya jodoh, pertemuan setiap orang sudah ditentukan sejak kita berada di Loh Mahfuz lagi. Tetapi jika ditakdirkan berkongsi suami, kita terpaksa menerima dengan seadanya kerana ia ketentuan Ilahi.

Sekiranya ia berlaku, soal siapa bersalah tidak patut ditimbulkan, sebaliknya harus berbincang agar rumah tangga aman tanpa berlaku percakaran sesama sendiri.

Soal kongsi suami, ia tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya. Namun jika diberi pilihan, saya enggan bermadu. Dan sebolehnya saya ingin calon suami yang boleh membimbing saya menjadi isteri solehah

neelofa enggan bermadu

Diharap kepada mereka yang berkaitan (Hans Isaac la siapa lagi kan), sila baca dan fahami kata-kata daripada Neelofa ini. Jangan cuba untuk memadukan dirinya. Kang tak pasal-pasal berantakan pula rumahtangga yang bakal dibina. Apa pun, diharap Neelofa dan kekasihnya dapatlah berkahwin cepat sikit. Tak sabar pulak nak tengok Neelofa jadi raja sehari.

P.S: Timbalan CEO PROTON, Datuk Lukman Ibrahim letak jawatan


Comments are closed.

Loading...