Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh selebriti wanita yang berhijrah ialah tampil memberikan ceramah. Malah ada yang siap terus tukar kerjaya jadi penceramah bebas. Bukanlah satu perkara yang salah lebih-lebih lagi sekiranya berkongsi mengenai kisah penghijrahannya. Manalah tahu dapat memberikan petunjuk dan pengajaran buat orang lain juga.
Neelofa yang baru sahaja mengenakan tudung sepenuhnya minggu lalu bagaimanapun tampil memaklumkan yang dia tidak akan berkongsi pentas dengan mana-mana pihak untuk memberikan ceramah. Satu langkah yang bijak pada pendapat Abang Nara. Daripada sibuk berceramah, lebih baiklah pergi menuntut ilmu. Kata Neelofa menerusi Berita Harian:-
Siapalah saya untuk memberi ceramah? Ilmu yang saya ada tidak mungkin untuk saya bergiat sebagai penceramah. Kalau nak kongsi mengenai penghijrahan ini juga agak keberatan kerana tidak mahu dilihat seperti riak.
Saya mengenakan hijah bukan kerana mahu berkahwin ataupun perniagaan. Saya ada juga mendengar kononnya saya berhijab kerana perniagaan jubah. Itu semua tidak benar
Antara selebriti yang sudah berhijrah paling Abang Nara hormati ialah Mizz Nina dan Ummi Nazeera. Tiada publisiti meluas dan daripada apa yang dikongsikan, jelas mereka berdua sibuk pergi belajar mengenai agama Islam untuk memperbaiki diri dan bukannya sibuk mencanang kisah penghijrahan masing-masing. Apa pun, baru-baru ini Neelofa telah tampil di radio IKIM untuk berkongsi sedikit mengenai cerita hijrahnya. Menarik untuk sama-sama kita ambil iktibar.
P.S: Nak buat logo untuk bisnes/persatuan/entiti anda? LIKE page DesaKreativ untuk design professional dengan harga terendah dipasaran!