Kewujudan teknologi di zaman moden ini membolehkan semua maklumat disebarkan ke media sosial hanya di hujung jari sahaja menggunakan telefon pintar. Bagaimanapun, terdapat beberapa larangan yang kita harus patuhi seperti tidak boleh merakam filem yang sedang ditayangkan di dalam panggung wayang. Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan denda.
Mungkin terlalu teruja menonton filem, Neelofa tidak sedar dengan tindakannya. Terbaru, Neelofa menerima kritikan hebat kerana memuat naik sebahagian rakaman filem The Lion King yang sedang ditayangkan ke IG Story.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perbuatan Neelofa, mereka menimbulkan persoalan adakah disebabkan dia seorang artis, maka boleh melakukan apa sahaja?
Namun, setakat ini pihak Neelofa tidak memberikan sebarang respon berhubung isu tersebut. Difahamkan, dia sudah memadam kesemua rakaman filem tersebut di IG Story.