Neelofa Dibubarkan Dari Kontrak Jutaan Ringgit Lepas Berniqab – “Company Besar Tu Naikkan Nilai..”

Hiburan

Neelofa Dibubarkan Dari Kontrak Jutaan Ringgit Lepas Berniqab – “Company Besar Tu Naikkan Nilai..”

Baru-baru ini, tular di platform media sosial memaparkan selebriti, Neelofa bersama suaminya, PU Riz menghadirkan diri dalam sebuah majlis ilmu di Tawau, Sabah.

Neelofa ‘dibuang’ dari menjadi duta syarikat ternama

Dalam majlis ilmu tersebut, suami kepada Neelofa iaitu PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsikan satu kisah mengenai isterinya yang dibubarkan daripada menjadi duta sebuah syarikat ternama.

Advertisement

Menurut PU Riz, Neelofa dibubarkan dari kontrak jutaan ringgit lepas dirinya memilih untuk memakai niqab pada tahun 2020.

Company ni jual produk muka yang berasal daripada France. Dia kata ‘Oh Neelofa dah pakai niqab, kita akan fikir semula’. Nilai kontrak itu jutaan ringgit.

@indigovelvet4 Percayalah pd rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah 😭🤍 #neelofaharis #neelofa #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #nunha @neelofa ♬ Menamakanmu Cinta – Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda

Namun nak dijadikan cerita, syarikat yang ‘membuang’ nama Neelofa daripada kontrak jutaan ringgit itu datang semula dan menggandakan tawaran nilai jutaan ringgit, malah merayu agar pengacara itu kembali menjadi duta untuk syarikat mereka.

Netizen rasa sebak dengar penghijrahan Neelofa

Difahamkan, perkongsian kisah itu dikongsikan oleh PU Riz kepada peserta yang hadir bagi memperjelaskan bahawa anak muda tidak perlu takut jika cara pemakaian tidak mengikut trend terkini.

komen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak apabila mendengar kisah penghijrahan Neelofa dan mendoakan agar auratnya sentiasa ditutup dengan sempurna.

neelofa
2025-08-25 11:49:16

Ameera Khan Sering Tayang Kemesraan Melampau Dengan Jefri Nichol, Neelofa Bersuara - "Hanya Akan Datangkan Lebih Banyak Mudarat.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...