Respek!!! Kagum Abang Nara dengan sikap pemurah Neelofa yang telah pun mendermakan RM10,000 untuk membantu pembinaan rumah sepasang suami isteri yang telah mengambil masa selama sedekad. Pasangan suami isteri dari Pasir Mas Kelantan ini tidak mampu menyiapkan rumah mereka kerana kekangan kewangan dengan pendapatan seharian hanya mencecah RM45 sehari.
Neelofa telah pun menyalurkan sumbangannya menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil yang membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu. Neelofa telah meminta pihak NGO tersebut untuk menjadi orang tengah bagi membantu mangsa-mangsa banjir danjuga penduduk setempat yang memerlukan bantuan.
Tahniah diucapkan kepada Neelofa atas keprihatinannya ini. Sesungguhnya lebih banyak kita menolong orang, pasti lebih murah rezeki kita. Membantu mereka yang memerlukan adalah amalan mulia dan amat dituntut oleh Islam. Semoga Neelofa mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Good job!!! Sumber Harian Metro.