Meskipun ada segelintir penonton yang mengkritik kualiti lakonan Neelofa tidaklah sehebat mana, namun selebriti popular ini memberitahu ada menerima tawaran untuk berlakon di Indonesia.
Walaubagaimanapun, Neelofa masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut kerana tidak mahu tangkap muat sahaja selain mempunyai pelbagai komitmen lain di Malaysia.
Baru-baru ini, saya mendapat tawaran untuk berlakon dalam produk yang membabitkan usahasama antara dua negara, Malaysia dan Indonesia. Tetapi tawaran itu saya belum sahkan dan harus menyemaknya semula. Saya tak mahu terus menerima jika ada tawaran. Saya tak mahu tangkap muat kerana semuanya harus difikirkan secara mendalam kerana saya mempunyai banyak komitmen di Malaysia.
Kata orang kalau ada peluang dan rezeki untuk mengembangkan lagi bakat ke negara luar, janganlah ditolak. Ada kalanya, tawaran itu hanya datang sekali sahaja. Harapnya Neelofa dapat membuat keputusan yang terbaik dan siapa tahu kali ini watak yang diberikan boleh memberikan impak besar kepada penonton terutama sekali mereka yang selalu mengkritik lakonan Neelofa.