Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Neelofa Dan PU Riz Dijangka Nikah Bulan Mac Tahun Hadapan?

Nampaknya, hubungan istimewa selebriti popular, Neelofa,31, dan pendakwah bebas Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz,25, telah menjadi tumpuan ramai apabila ibu Neelofa mengesahkan bahawa anaknya itu telah dirisik pihak lelaki di kediaman ibu bapa Neelofa pada minggu lepas.

Malah, laman sosial beberapa hari ini telah dibanjiri dengan beberapa foto Neelofa dan PU Riz bersama anggota keluarga yang hadir pada majlis merisik itu yang dilaporkan bertempat di Taman Tun Dr Ismail.

Advertisement

PU Riz juga difahamkan sempat menjadi imam solat Asar yang ditunaikan bersama keluarga kedua pasangan berkenaan. Dalam pada itu, pengusaha tudung berjenama Naelofar itu turut memuat naik gambar sekitar majlis berkenaan namun tiada pernyataan rasmi dikeluarkan oleh Neelofa.

View this post on Instagram

???????? ??????? ??? ?????????????? ????????????????? ?????? ??????? ??????????

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Lebih menguatkan spekulasi bahawa Neelofa kini sudah dirisik adalah apabila ibunya, Noorkartini Noor Mohamed telah memuat naik entri di Instagram meluahkan rasa syukur apabila anak kesayangannya bakal bertemu jodoh dengan lelaki beriman di samping foto bersama Neelofa dan PU Riz.

Advertisement

“Syukur pada Ya Rabbi..saat yang kutunggu sudah pun tiba. Kau hadirkan insan teristimewa yang bakal membimbig bidadari kesayanganku. Saya yakin dengan ketentuanMU, yang mana insan ini dapat membahagiankannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya..”

Namun begitu, cubaan media untuk mendapatkan jawapan lanjut daripada pengacara program Next To Neelofa itu gagal apabila dia dilihat terus mendiamkan diri. Walau bagaimanapun, menurut sumber keluarga yang turut hadir pada majlis berkenaan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada Mac 2021 nanti.

Dalam pada itu, ramai rakan artis dan peminat setia tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk Neelofa dan pasangan dalam menempuh fasa baru dalam kehidupan kelak.

Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Tecit

    November 7, 2020 at 7:08 pm

    Lelaki beriman? Kau confirm ke? Iman tu sentiasa ade. Nipis dgn tebal je. Jgn pandai2 nak label org. Iman tu Allah je yg tau. Cukup sekadar ckp lelaki itu je.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama