Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) menjadi momen terindah buat Neelofa dan Khai Bahar apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki. Malah, ia adalah kemenangan dua tahun berturut-turut buat Neelofa yang pernah memenangi kategori tersebut pada tahun lalu.
Neelofa turut memenangi dua kategori lain iaitu Fesyen MeleTop dan Pelakon TV MeleTop. Sebelum itu, Khai juga telah berjaya membolot trofi menerusi dua kategori lain iaitu Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).
Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 20,000 beserta trofi sumbangan Astro.
AME 2018 diadakan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bertemakan ‘Yang Lit, Yang Legend’ dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa bersama hos jemputan Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan Sabri Yunus.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton AME 2018 semalam, berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-
Artis Baharu MeleTOP – Farah Nabilah
Si Cilik MeleTOP – Arif Jiwa Asyraf
Couple MeleTOP – Jep Sepahtu & Sari Yanti
Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP – Johan (Era)
Program MeleTOP – Sepahtu Reunion Live 2017
Hos MeleTOP – Nabil Ahmad
Artis Lawak MeleTOP – Zizan Razak
Drama MeleTOP – Red Velvet
Pelakon MeleTOP – Neelofa
Grup/Duo MeleTOP – Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar
Lagu MeleTOP – Bayang (Khai Bahar)
Filem MeleTOP – J Revolusi
Bintang Filem MeleTOP – Nur Fazura (J Revolusi)
Top Top MeleTOP (Lelaki) – Khai Bahar
Top Top MeleTOP (Wanita) – Neelofa
Anonymous
April 9, 2018 at 1:01 pm
Aku tak kisahlah sapa menang. Yg si hanip era tu dah kenapa pesen camtu? Rambut serabai mambai gitu. Semak!
Gediknye dieee
April 9, 2018 at 12:31 pm
Jangan tuduh fans Fazura..marah saya.Fattzura tak heran pon anugerah macam ni..tak pernah pon diorang merayu rayu suruh undi.Sebabnya aku rasa ame ni kroni astro ja yang menang.Anugerah tak prestige..level kolej ja.Tahun depan dah boleh agak sapa menang..geng tiamo 100 hari..jangan buat2 terkejut plak klo menang tahun depan.Sebab tu la lopak kena berlakon jugak walaupun 1 drama tiap2 tahun…untuk dia menang anugerah meletops ni ja weiii.hebat strategi lopakk.
Anonymous
April 9, 2018 at 3:08 pm
Strategik low class…
Anonymous
April 9, 2018 at 12:18 pm
eeeuuwwww anugerah sampah kate adik dia.. only attend to same face
eeuwww who is that..
Anonymous
April 9, 2018 at 11:24 am
ramai fans fazura ni yang suka comment yang mengaibkan orang,
Anonymous
April 9, 2018 at 12:08 pm
aku bukan fans tp menyampah anugerah sampah ni.. tak reti malu asek muka same jer nk menang.. xde kualiti xde nmpk competitive kt situ.. nk backup keling paki tu pon agak2 laa bila kene komen nk kate fans si bahagia tu… masa fans lopak aibkan org ko membuta..
Anonymous
April 9, 2018 at 11:11 am
Tahniah neelofa n khai..rezeki Allah dh aturkan..jadilh bawang yg berkualiti..ramai busuk hati di BN rupanya..masyaAllah..
piirahhh
April 9, 2018 at 11:44 am
khai mmg patut menang kak oi.. tp kalo lofa tu cuba ko terangkan sikit tang mana yg bagusnyer??
Anonymous
April 9, 2018 at 12:24 pm
Lbh baik dpd ko yg suruh org meninggal..taubat ooiii..lum terlambat..mintak2 sempatlh..