Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) menjadi momen terindah buat Neelofa dan Khai Bahar apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki. Malah, ia adalah kemenangan dua tahun berturut-turut buat Neelofa yang pernah memenangi kategori tersebut pada tahun lalu.
Neelofa turut memenangi dua kategori lain iaitu Fesyen MeleTop dan Pelakon TV MeleTop. Sebelum itu, Khai juga telah berjaya membolot trofi menerusi dua kategori lain iaitu Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).
Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 20,000 beserta trofi sumbangan Astro.
AME 2018 diadakan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bertemakan ‘Yang Lit, Yang Legend’ dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa bersama hos jemputan Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan Sabri Yunus.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton AME 2018 semalam, berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-
Artis Baharu MeleTOP – Farah Nabilah
Si Cilik MeleTOP – Arif Jiwa Asyraf
Couple MeleTOP – Jep Sepahtu & Sari Yanti
Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP – Johan (Era)
Program MeleTOP – Sepahtu Reunion Live 2017
Hos MeleTOP – Nabil Ahmad
Artis Lawak MeleTOP – Zizan Razak
Drama MeleTOP – Red Velvet
Pelakon MeleTOP – Neelofa
Grup/Duo MeleTOP – Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar
Lagu MeleTOP – Bayang (Khai Bahar)
Filem MeleTOP – J Revolusi
Bintang Filem MeleTOP – Nur Fazura (J Revolusi)
Top Top MeleTOP (Lelaki) – Khai Bahar
Top Top MeleTOP (Wanita) – Neelofa