Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) menjadi momen terindah buat Neelofa dan Khai Bahar apabila berjaya mengungguli kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki. Malah, ia adalah kemenangan dua tahun berturut-turut buat Neelofa yang pernah memenangi kategori tersebut pada tahun lalu.
Neelofa turut memenangi dua kategori lain iaitu Fesyen MeleTop dan Pelakon TV MeleTop. Sebelum itu, Khai juga telah berjaya membolot trofi menerusi dua kategori lain iaitu Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).
Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 20,000 beserta trofi sumbangan Astro.
AME 2018 diadakan secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bertemakan ‘Yang Lit, Yang Legend’ dan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa bersama hos jemputan Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan Sabri Yunus.
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton AME 2018 semalam, berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:-
Artis Baharu MeleTOP – Farah Nabilah
Si Cilik MeleTOP – Arif Jiwa Asyraf
Couple MeleTOP – Jep Sepahtu & Sari Yanti
Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era
Penyampai Radio MeleTOP – Johan (Era)
Program MeleTOP – Sepahtu Reunion Live 2017
Hos MeleTOP – Nabil Ahmad
Artis Lawak MeleTOP – Zizan Razak
Drama MeleTOP – Red Velvet
Pelakon MeleTOP – Neelofa
Grup/Duo MeleTOP – Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar
Lagu MeleTOP – Bayang (Khai Bahar)
Filem MeleTOP – J Revolusi
Bintang Filem MeleTOP – Nur Fazura (J Revolusi)
Top Top MeleTOP (Lelaki) – Khai Bahar
Top Top MeleTOP (Wanita) – Neelofa

WWWW
April 9, 2018 at 10:12 pm
COUPLE MELETOP MASA AWAL2 ADA SI KUDE N JRENG
PASTU TAK ADA MULA MASA EVENT TU
TAK JADI LETAK KE APA EHH?
Najieb101
April 9, 2018 at 6:33 pm
Ssape yg kata neelofa tu sendu lakonannya terbukti anda semua salah. Korang x nmpk ke betapa terkejutnya dia when diumumkan menang all the awards…? Ingt sng ke nk pura2 terkejut when u know its gonna be u get the awards. Kau bg Erma Fatima sruh buat mcm tu pun payah beb.. Serius la, anugerah ni x pernah relevan pon, sma la mcm rancangan meletup tu.
Springle
April 9, 2018 at 5:00 pm
Tahniah buat neelofa n khai..org dh dpt anugerah Kita wish ok