Ehem, ehem. Hai Neelofa. Usia Abang Nara pun 30 tahun ke atas? Sudikah dirimu menerima cinta yang tulus ikhlas dari jiwa ini? Ehehe. Kalau wife Abang Nara baca nie, mesti kena hempuk dengan mop. Abang Nara dah tak ada peluang, namun buat anda yang berjantinakan lelaki dan berusia 30 tahun ke atas, peluang anda untuk mencuri hati Neelofa kini lebih tinggi berbanding mereka yang berusia 30 tahun ke bawah. Ini kerana Neelofa lebih menggemari lelaki yang berusia 30 tahun dan ke atas kerana lebih matang dan memahami erti sebuah perhubungan.
Selaku seorang suami yang berusia 32 tahun (dah tua dah diri ini), diakui memang tahap kematangan Abang Nara semakin tinggi sejak kebelakangan ini. Abang Nara lebih mementingkan keluarga, semua benda nak buat akan fikir impak kepada anak bini terlebih dahulu. Tak adalah buat keputusan sesuka hati. Semua benda akan dibawa berbincang bersama isteri. Mungkin itu yang dicari oleh Neelofa. Kata Neelofa:-
Memang ada lelaki yang cuba mendekati saya tetapi saya mengelak kerana tidak mahu memberi mereka harapan. Kalau saya mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki, biarlah hubungan itu ada hala tuju. Kalau boleh saya tak mahu bercinta dengan jejaka di bawah usia 30 tahun.
Kalau boleh lelaki itu biarlah melepasi usia 30 tahun. Ini kerana bagi saya mereka dalam umur begini sudah matang dan sudah faham erti sebuah hubungan
Satu ketika dahulu, Neelofa pernah bercinta dengan Hans Isaac yang umurnya memang melebihi paras 30-an. Sememangnya wanita memerlukan lelaki yang lebih dewasa dan matang untuk memimpin mereka. Jadi kepada lelaki yang berusia 30 tahun dan ke atas, bersiap sedialah ‘resume’ anda untuk menjadikan Neelofa tulang rusuk kiri anda. Hehehe. Selamat mencuba!!! Sumber Berita Harian.