June 13th, 2012

Hari ini telah berlangsung sidang media oleh Neelofa di One World Hotel untuk memberikan penjelasan dan menuntut 2 perkara daripada Anzalna. Sidang media ini ialah susulan kenyataan Anzalna yang disifatkan oleh Neelofa sebagai fitnah 100% di dalam sisipan BiPop Ahad lalu.

anzalna neelofa

Neelofa yang tampil bersama peguamnya telah pun menghantar notis tuntutan kepada Anzalna secara pos daftar dan serahan tangan. Jika Anzalna tidak memberikan respons selepas 7 hari, tindakan mengikut undang-undang yang seterusnya akan diambil oleh pihak Neelofa. Kata Neelofa:-

Pertama sekali saya nak cakap, kami sudah keluarkan notis tuntutan kepada Anzalna kerana pada artikel yang ditulis pada 10 Jun lepas oleh Zubir, artikel itu seratus peratus berbaur fitnah. Kenyataan Anzalna dalam artikel tersebut boleh menjejaskan saya untuk jangka masa panjang. Sekarang saya cuma mahu penjelasan dan bukti atas segala tuduhan yang telah dia berikan pada saya. Jika dia dapat jelaskan 2 perkara tersebut (bukti dan penjelasan), saya boleh pertimbangkan lagi. Sebelum ini pun Lofa tidak pernah respon terhadap mana-mana pergaduhan dalam surat-khabar, tapi kali ini, Anzalna benar-benar menuduh tanpa bukti. Ia boleh menjejaskan kerjaya saya.

Sekiranya tiada bukti yang didedahkan oleh Anzalna atas tuduhan ini, Lofa berkata yang Anzalna perlu membuat “public apology” untuk membersihkan nama Neelofa. Nampaknya Neelofa telah pun bertindak mengikut saluran yang sah. Kini sudah tiba giliran Anzalna untuk mengeluarkan segala bukti seperti yang dikatakan di dalam BiPop sekiranya. Kredit foto dan info kepada OhBulan dan RotiKaya

vanity mask

PS : Masih ingat Vanitymask (VM)? Tak sampai sebulan lalu VM launch website baru mereka, dan sekarang ni katanya dah sampai sign kontrak dengan Fashionvalet.net, iaitu antara site online shopping terbesar di Malaysia, yang banyak menempatkan baju-baju Desginer serata Asia Tenggara! Sekarang ni Vanitymask sedang mengadakan Jualan Penghabisan stok, bermula daripada hari ni, sehingga lah hari Sabtu (16 June 2012). Korang boleh check apa barang yang on-sale kat sini. Baju-baju di atas ni antara baju-baju yg on-sale sekarang. Amacam, cantik tak? Layari www.vanitymask.com untuk tengok semua koleksi mereka.


281 responses to “Neelofa Beri Masa 7 Hari Kepada Anzalna Untuk Respons”

  1. benci kontrovesi says:

    anzalna,len kali jaga muluttu,walaupun anda berckap
    benar..lofa,jangan dengki dgn ts,sapa suh ko x undi diri sndrik lau ko nk
    menang sangat

Loading...