Neelofa Bawa Semua Ahli Keluarga Tunai Umrah

Hiburan

Neelofa Bawa Semua Ahli Keluarga Tunai Umrah

Neelofa tidak dinafikan sudah berjaya didalam bidang perniagaan. Kata orang, beliau adalah contoh untuk wanita-wanita muda diluar sana untuk mula menceburi bidang berkenaan.

Advertisement

Meskipun sudah bergelar jutawan, Miss J menerusi akhbar Utusan Mingguan memberitahu Neelofa masih lagi merendah diri dan tidak pernah lupa untuk mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

Umum mengetahui Neelofa sudah pun menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Terbaru, khabarnya Neelofa bakal membawa kesemua ahli keluarganya untuk mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.

Apa yang dilakukan Neelofa dipuji oleh Miss J yang merasakan ia sebagai contoh buat artis lain agar tidak pernah melupakan amal ibadat walaupun sudah disirami dengan kemasyuran serta kekayaan dunia.

Kami yakin dengan berbuat baik kepada ahli keluarga dan tidak melupakan Tuhan atas nikmat hidup yang diberikan, tidak mustahil selepas ini rezeki Neelofa akan lebih diberkati. InshaAllah.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.